I wish I was a Superman , I believe I can fly , and I Love My not exist Superwoman So Much .
! ATTENTION !
all the pics in my blog are 100% taken by me , unless stated otherwise and some songs in this blog is my cover.
This is my photoblog and my diary blog , all tears , joy and happiness will posts here and my photography things too . AWESOME!

Happiness and Sadness

Nowadays, time flies so fast.
Everything seems change,
Hari demi hari ada je benda yang keluar dan masuk dalam hidup ni,
Ada je yang tak kena, Tapi nak buat macam mana
dah ketentuanNya.

Assalamualaikum,

How do I start eh?
Macam mana ni Amin nak mulakan.


Ok. First of All! Alhamdulillah!
Congratulations to my beloved brother Norsafwan Nordin & my lullaby sister Noor Diyana Nordin
Tahniah buat korang berdua. Amin terharu dan turut gembira sebab korang dah naik pelamin
Gilalah family kita. pencetus keluarga Nenek yang kahwin sekali dua adik beradik. Hihi :')
Norsafwan  & Nor Sahara dan Noor Diyana & Umair Khalil

Nenek Cuknyeeee :)
Ucapan Amin ni kemungkinan kelakar, sedih, skema dan lapanbelas tahun keatas sahaja. Haha
Anyway! Selamat Pengantin Baru buat korang berdua. opps! Berempat.
Amin rasa sebak tu memang adalah tapi turut gembira sebab NN's Family makin bertambah dengan kehadiran Abang Umair Khalil and Kak Sahara. Alhamdulillah lepas ni bertambahla family Cucu Nasip. Nanti Amin bergelar Pakcik of anak buah, dulu banyak anak sedara ja. Haha. InsyaAllah suatu hari nanti.
Amin sentiasa doakan Kak Yana dan Abg Umair & Abg Iwan dan Kak Sahara berkekalan, bahagia didunia dan diakhirat. Semoga rumahtangga ini diberkati dan diredhai olehNya dan berkekalan hingga ke Syurga Jannah. Dimurahkan rezeki yang tak terhingga. Be happy together and forever ya abgabgku and kakakakku. Semoga dapat mengharungi susah dan senang bersama. InsyaAllah.
Welcome to the NN's Family and Cucu Nasip Family Kak Sahara and Abang Umair!!!! :')

Norsafwan & Noor Sahara

-For my beloved Brother, Nor Safwan lepas ni dah takboleh nak travel sorang, naik basikal sorang sebab Kak Sara dah ada so boleh bonceng dia. Haha bawak dia kemana-mana, travellah selagi boleh. Jadilah suami yang membimbing isteri ke syurga ya Abgku. Amin doa Abg Iwan jadi suami yang terbaik untuk Kak Sara sebab I believe in you brotha, before this you guide your sister and brother, Now you guide you beloved wife.
Nanti bila dah jadi Walid, berilah tunjuk ajar yang baik, penuhkan ilmu agama yang tebal dan beri contoh sebab Anak selalu ikut Bapaknya. Jadikanlah Abah sebagai mentormu. Haha. Hihi. Janganlah jadi macam pakcik dia ni. I love you both.

Umair Khalil & Noor Diyana

-For my beloved Sister, Noor Diyana! Alhamdulillah cinta demi cinta mu korbankan, Akhirnya jinjang ke pelamin dengan Abang Umair. Amin sayang Kak Yana tau. Jadi Isteri dah kak Yana aku ni. Jadilah isteri yang mithali, taat kepada suami dan ibu yang penyayang soon. Sebagai isteri, sentiasa berada disisi suami tau kak Yana oii. Nak shopping tu jangan lupa ajak Abg Umair. I know you will be like our Mother, garang dan tegas kepada anakanaknya nanti. Takpa. Ajar dan didik mereka dengan terbaik nanti ye. Aku doakan janganlah diorang jadi macam pakcik dia ni. Abg Umair tolong jaga kak Yana baikbaik ya. :)


Alhamdulillah, akhirnya tertulis ucapan dan nasihat untuk mereka semua.
Semua dah ada pasangan dah, Tak sangka masih sekarang aku tak percaya akak and abang aku dah kahwin
Sebab hubungan kitorang macam Tom and Jerry, Spongebob dan Patrick dan sebagainya.
Kadangkadang aku sedih sebab takda lagi gaduh, bertengkar, bergembira samasama lagi.
Banyak dosa aku terhadap mereka. Kadangkadang rindu Kak Yana marah suruh bangun pagi, tukar cadar and kemas rumah dan sebagainya. Rindu Abg Iwan marah aku sebab aku menjawab cakap mak.
Rindu nak makan samasama whole family, bile lagi dapat berkumpul lagi macam tu? Aku harap tak lama lagilah ye. Tinggallah Amin berdua dengan Kak Yaya, lepas Kak Yaya kahwin, Tinggalah Amin terkuntang kanting kat rumah sorangsorang.
This is life right? Nak ke taknak kita mesti teruskan.
Amin Kahwin?
Lama lagi lah.

Selfie X GoPro X iPad
Semua dah besar. Semua dah ada hal masingmasing. Aku rindu tu semua tu. Kalau boleh aku nak putar balik masa tu, tapi takboleh sebab aku bukan Tuhan.
Korang jangan lupa kat Amin kalau kita dah berjauhan nanti, manalah tahu Amin kerja kt luar negara ke.
InsyaAllah.
Doakan Amin ye. Doakanlah.

"Sebelum terlambat, Kak Yana and Abg Iwan, ampunkan dosadosa Amin ye? Amin banyak buat perkara yang korang tak suka, even kadang menyakitkan hati korang sampai Amin alpa dengan dunia Amin. Amin tahu selama ni Amin bukan adik yang terbaik korang pernah ada, tapi Amin cuba walaupun Amin takboleh.
Aminla adik yang paling kurang ajar, dan sewaktu dengannya. Kadangkadang suka buat korang susah, padahal korang tengah susah dengan masalah yang korang ada. Buat korang menangis la merupakan dosa besar Amin pernah buat. Amin tktahu nak buat macam mana lagi. Amin hanya boleh minta ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki. Amin sayang korang berdua. Amin sayang sangat. Hanya Allah sahaja tahu betapa besarnya hati ni menyayangi korang. I've got the best brother and sister including Kak Nadia in my life. Alhamdulillah."

Haih every post semuanya Amin sedih.
Lawakla muka gangster tapi hati macam tisu.
Biarlah orang nak kata apa, yang penting itu semua isi hati kita.

This post I dedicated to my whole family and orang yang dah kahwin tu haha. Abg Iwan dan Kak Yana lah!
This post disertakan dengan video solemnization and reception of
Noor Diyana dan Umair Khalil & Norsafwan dan Noor Sahara.

Wedding Highlight



Nikah



Marriage Day



I love you all.

p/s : Dalam video ini, ada seorang mamat menangis and thats me. So janganlah underestimate the power of the common man. So lantakla apa korang nak cakap, yang penting korang tak rasa apa yang aku rasa. Nanti kalau one of your siblings dah kahwin, then you will know what it feels. Hahaha sedih tau
Tipula aku tak sebak tulis post ni and tengok video ni many times pun.
This video hanya 30 tahun keatas sahaja.

No comments:

Post a Comment