I wish I was a Superman , I believe I can fly , and I Love My not exist Superwoman So Much .
! ATTENTION !
all the pics in my blog are 100% taken by me , unless stated otherwise and some songs in this blog is my cover.
This is my photoblog and my diary blog , all tears , joy and happiness will posts here and my photography things too . AWESOME!

Oh Sahabat.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Perkenalan yang tergantung walaupun sudah tahu latar belakangnya sedikit demi sedikit
Orang yang kuat semenjak kehilangan ibunya dan kekasihnya.
Tragedi diselimutkan dengan selimut putih terjadi pada waktu semalam
Waktu itu, Aku terlantar diatas katil selesai sahaja solat maghrib selepas sahaja aku iftar bersama sahabat - sahabat aku.
Aku perasan ada seorang merasa suhu badan aku, lalu mengatakan bahawa aku telah "demam"
Aku sudah lali dan menjadi separuh sedar.
Jam tepat pada pukul 11.00 malam, aku sedar dari tidur aku.
Aku rasa aku diselimutkan, Ya, memang benar aku telah diselimutkan dengan selimut putih
Aku ingat aku sudah tiada di bumi Allah ini, Alhamdulillah aku dapat yang istimewa
dan aku merasa aku disayangi dan dihargai oleh seseorang walaupun perkenalan aku bersama dia hanya baru selang beberapa hari sahaja
Dan aku juga rasa telah mendapat satu nur dan sahabat yang sungguh mulia hatinya
sungguh aku tidak sangka bahawa segarang-garang dia dan panas barannya, baik juga hatinya.
Aku tahu pemberian ini sungguh bermakna buat aku
dan Aku pasti ini pemberian dari Allah SWT.
Sebelum aku berangkat pulang ke tanah air aku, Dia secara diam telah mengambil selimutnya balik semasa aku mandi, dan memberitahu pada saudara aku "Saudaraku, jangan lupa bawa selimut kamu"
Ya Allah, sungguh baik hatinya. Aku tidak pernah dapat seseorang sahabat yang sangat ambil berat pasal aku. 
Tragedi manis itu terngiang-ngiang di fikiran ku.
Ramadhan kali ini penuh makna buat aku
Alhamdulillah, aku hanya insan biasa yang dapat sesuatu istimewa yang tidak terkata.

Terima Kasih
Ahlan Wasalan

No comments:

Post a Comment