I wish I was a Superman , I believe I can fly , and I Love My not exist Superwoman So Much .
! ATTENTION !
all the pics in my blog are 100% taken by me , unless stated otherwise and some songs in this blog is my cover.
This is my photoblog and my diary blog , all tears , joy and happiness will posts here and my photography things too . AWESOME!

Kawan.

Assalamualaikum,

Wahai sahabatku, Akhiku dan Ukhtiku. Apa khabar? Aku harap semua sihat walafiat. Alhamdulillah Aku rindu korang. Maaflah sejak dua menjak ni aku busy je, bukannya apa, aku busy dengan urusan keluarga, kalau keluar dengan kawan pun tu sebab hanya nak menolong mereka isi borang upu. Tak salahkan nak tolong cerahkan masa depan orang? Aku saja nak buat kerja amal. Biar orang lupa aku, jangan aku lupa orang.  Aku tahu korang tak suka perubahan aku. Aku tak pernah menyesal masuk 5 MPV, setiap masa kita harungi, ade kenangan bersama korang, ye aku sedar kadang-kadang aku ni tak sedar ape aku cakap atau buat something yang diluar jangkaan, semua manusia buat kesilapan kan? Aku minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kalau aku tk kenal korang, tk mungkin aku dapat result yang baik, Terima kasih, Korang banyak tolong and nasihatkan aku, tanpa korang, tak mungkin aku boleh imamkan jemaah. Terima kasih, terutamanya kaum adam. i love you! Aku harap korang masih lagi nak berkawan dengan aku. Aku tak kisah kalau korang nak unfollow or delete aku dari hidup korang. Yang penting, dalam hati aku, masih ada korang. Hari-hari aku berdoa supaya kita takkan putus saudara sebagai persahabatan. Ye aku berubah sebab aku memang jahil tentang agama. Aku nak jadi macam korang, tinggi agamanya. Maafkan aku kalau ada perkataan yang selalu tersinggung kan perasaan korang. Aku harap korang pun ada doa untuk aku, kalau takde pun takpe, janji korang masih nak kawan dengan aku. Aku tahu aku tak sehaluan dengan korang. Aku nak jadi baik sebab masa depan aku. Aku tahu masa silam aku banyak korang dah tahukan? betapa jahilnya aku, jahatnya aku pada masa tu. Aku nak korang tahu kalau bukan sebab korang asyik selalu nasihatkan aku, aku taktahu nak jadi ape pada aku pada masa tu. Terima kasih banyak-banyak. Koranglah kawan dunia dan akhirat aku walaupun korang tktahu pasal ni. Aku sedih tau bila aku dapat rasakan yang aku ni sangat cetek pasal agama. Aku takesa korang nak cakap aku ape, walaupun kasar, aku tetap maafkan korang. Lagi satu, aku takesa korang nak cakap belakang pasal aku, yang penting aku tak cakap belakang pasal korang malah aku lagi memuji pasal korang. Ye aku mengaku aku pernah cakap belakang, nobody's perfect kan? Tapi aku dah buang since aku nak berubah. Maafkan aku la ye? Aku cuba nak nasihat mana yang salah dan yang betul. Takesa lah korang nak dengar atau tak, yang penting aku dah laksanakan tugas aku sebagai kawan, aku nasihat sebab aku sayang kt korang, aku nak korang berjaya. Aku halalkan semua ape yang aku belanja, hutang pada aku dan sebagainya, biarlah yang lepas, aku anggap yang keruh tu aku ambik sbgai teladan yang jernih aku amik sebagai permulaan yang lebih baik. So lepas ni masing-masing mesti busy nak masuk Universiti kan? In Shaa Allah, aku doakan semua masuk universiti dengan jayanya. Masuk je terus belajar, yang nak bercinta , bercintalah, tapi jangan sampai study pun tk cukup masa. Bahagikan masa dengan baik. Selalu dapat 3.0 ke atas. kalau boleh dapatkan DL or Dekan. 3.5 ke atas. Ade peluang cepat-cepat rebut, jangan tunggu, Ilmu takkan datang kalau kita tak kejar kan dia. Aku doakan kejayaan korang didunia dan akhirat. Alhamdulillah tercapai hajat aku nak tulis pasal korang kat blog/website aku ni. Nanti bile semua dah habis belajar atau ada masa nak jumpa. Call la aku kalau korang sudi nak jumpa aku. Kalau tak kita jumpa kat Al Jannah ya? In Shaa Allah. Aku sayang korang. Maafkan aku ye? 5 MPV forever and now.

Yang benar,
Nur Muhammad Amin Nordin
An Ordinary Person
:*

No comments:

Post a Comment